Wednesday 29 January 2014

Apa itu HSG?

Assalammualaikum wbt,

sebagai persediaan saya untuk HSG bila2 masa sejurus saya period ni (masih belum period, esok last makan Duphaston..huhu), saya dengan takdekerjanya mencari info psl HSG. kebanyakkan sebelum ni sy bc sendiri pengalam ttcian dr blog mereka, but kali ni saya rajin menterjemah pulak.

Info ini saya translate bulat2 ke dalam bahasa ibunda kita dari laman web http://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/guide/hysterosalpingogram-21590
Webmed ni antara reliable website utk baca apa2 pasal medical stuff.

Histerosalpingogram(HSG) adalah test X-Ray yang membantu kita untuk melihat dalam rahim dan tiub fallopio dan kawasan-kawasan sekitarnya. Prosedur ini dilakukan biasanya kepada wanita yang mengalami kesukaran untuk mengandung (tidak subur).

Semasa prosedur HSG, satu pewarna (contrast media) di salurkan dalam tiub yg kecil dan halus dan cecair ini akan dimasukkan melaui lubang faraj (vagina) ke dalam rahim (uterus). Atas sebab uterus dan tiub fallopio ini bersambung, maka pewarna ini akan masuk ke dalam tiub fallopio juga. Apabila pewarna melalui uterus dan tiub fallopio ini, gambar uterus akan diambil menggunakan X-ray. Gambar yang diambil membantu untuk menentukan masalah yang dihadapi di uterus sama ada terdapat kecederaan atau ketidaknormalan bentuk uterus tersebut, atau jika tiub fallopio tersumbat yg mengakibatkan telur (ovum) atau sperma tidak dapat untuk disenyawakan. HSG juga membantu untuk mengesan masalah dinding uterus yang menghalang penempelan telur yang tersenyawa.

Mengapa Prosedur ini dilakukan?

  1. Mengesan tiub fallopio yang tersumbat. Ujian ini dilakukan untuk wanita yang mengalami kesukaran untuk mengandung. Jangkitan kuman mungkin menyebabkan tiub fallopio mengalami radang dan akhirnya menyekat tiub itu, lalu menghalang kehamilan untuk berlaku. Semasa ujian ini dilakukan, pewarna tersebut akan cuba untuk menolak sumbatan di dalam tiub itu dan membuka laluan di tiub fallopio.
  2. Mengesan masalah di uterus (rahim) seperti bentuk yang tidah normal, kecederaan, polips, fibroid, rahim melekat atau terdapat bendasing di uterus. Masalah ini mungkin mengakibatkan sakit semasa haid.
  3. Prosedur ini juga digunakan untuk mengesan jika pembedahan untuk mengikat tiub fallopio (untuk tujuan pemandulan) berjaya atau tidak.

Persediaan sebelum prosedur HSG

Beritahu doktor jika anda:


  1. Sedang atau mungkin mengandung
  2. menghidapi jangkitan kuman pada kawasan pelvik (pinggul) atau penyakit kelamin seperti gonorhea atau chlamydia.
  3. Sensitif pada pewarna iodine atau bahan-bahan lain yang terdapat pada pewarna iodin tersebut. Selain itu, beritahu doktor jika anda menghidapi lelah (asthma), alah pada sesetengah ubat-ubatan atau pernah mengalami alahan yang teruk terhadap bisa ular atau dari gigitan lebah atau alahan makanan laut.
  4. Pernah mengalami masalah pendarahan atau sedang mengambil mana-mana ubat pencair darah seperti aspirin atau warfarin (seperti Coumadin)
  5. Pernah menghidapi masalah buah pinggang atau diabetes, terutamanya jika kamu diberi ubat metformin (seperti Glucophage) untuk mengawal kadar gula dalam darah. Ini kerana pewarna yang digunakan semasa prosedur HSG ini boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang pada sesetengah pesakit yang pernah menghidapi kegagalan fungsi buah pinggang. Jika anda mempunyai masalah ini, ujian darah (creatine, blood urea nitrogen) akan dilakukan sebelum prosedur ini dijalankan bagi memeriksa fungsi buah pinggang anda.

Sekian.

:)



4 comments:

  1. saya pun selalu refer webmed ni. Saya pun akan buat HSG juga, tapi tunggu period datang juga. Harini baru 1st day makan duphaston.

    Anyway nak tambah pasal jangkitan kuman. Haritu ada tanya doktor, kalau jangkitan kuman biasa tak menyebabkan tersumbat. Jangkitan kuman penyakit kelamin yang menyebabkan tersumbat.

    Nanti share ye pengalaman HSG. Takut sebenanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ic..thanks for the info zarith..hope awk period nnt inshaAllah..tkut jgk nk wat hsg ni..wuwuwu

      Delete
  2. saya juga bakal buat HSG. untuk kali ke 2.
    walaupon sudah ada pgalaman ...rasa takut tu mesti ada.insha allah kita menghadapinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..kne buat kali ke2! huhu..2 kali takut la yek...good luck mag!

      Delete