Assalammualaikum,
Disini sy nk terangkan dlm bahasa mudah 2 ubat yang sedang saya guna setakat ni.
1. Pergoveris 150iu/75iu
Pergo ni terdiri drpn 2 jenis sintetik hormon:
150iu/11mcg follitropin alfa (mimik Follicle stimulating hormone aka FSH)
& 75iu/3mcg lutropin alfa (mimik luteinising hormone aka LH)
So back to basic, FSH tugas die membesarkan follicle yg akan meningkatkan hormon estrogen dan hormon ni akan bantu utk perkembangan telur dlm follicle yg plg besar. Bila estrogen byk, ia akan ransang perembesan LH pulak utk telur dilepaskan keluar dari ovari (ovulation).
Biasanya pergo inject pada S1-S8
Setakat ni lepas S4 inject br rase senak2 perut n sakit pinggang..
2. Orgalutron 0.25mg/0.5ml
Orga ni terdiri drpn ganirelix.
Ganirelix ni dia adalah anti-gonadotrophin releasing hormone. Secara asas gonadotrophin releasing hormone(GnRH) merancang perembesan LH. So ganilerix merencatkan LH supaya tiada ovulasi berlaku selagi xde saiz follicle yg optimum dgn jumlah yg diperlukan.
Biasa orga inject pada S5-S8.
3. Decapeptyl
Mengandungi bahan aktif triptorelin, iaitu same dgn fungsi luiteining hormone releasing hormon (LHRH) yg bertindak pd kelenjar pituitary di otak.
Ok secara kasarnya, Perembesan LH dan estrogen dikawal oleh LHRH ni, so bila LHRH aktifkn kelenjar pituitary, LH dan estrogen pun meningkat, dan decapeptyl injection menambahkan amount rembesan both hormon ni. But bila byk sht LHRH+decapeptyl, kelenjar pituitary jd desensitize dan akhirnya mengurangkan perembesan LH dan estrogen. Deca membantu dlm proses akhir utk pematangan telur
Decapeptyl injek 36jam sebelum egg retrival.
4. Carbegoline
Ubat ini saya makan selepas OPU. Ni untuk mengurangkan simpton OHSS. Pada dasarnya ubat ini utk treat hyperprolactemia iaitu byknye hormon prolactin dlm bdn, prolactin ni penting utk penghasilan susu.
But in my case, as decapeptyl is injected, so takut efek die xreduce lps opu, jd carbegoline act as inhibitor la kpd decapeptyl.
Saya da mkn 12 biji setakat ni since ovari sy still bengkak 8cm even seminggu lps opu.
Ok itu shj info ubat-ubatan.. Nanti dah start ubat baru sy review pulak.