Friday 9 October 2015

My IVF Journey - Progesterone and me

Assalammualaikum,

Seperti semua pesakit IVF, sy juga xketinggalan dalam memerlukan luteal support selepas FET. Luteal support ini ialah pengambilan hormon2 tertentu, terutamanya Progesteron untuk membantu proses rahim menyediakan medium yg optimum bagi bayi menempel. Dalam kes saya, doc precribe 2 jenis ubat iaitu femoston yg mengandunyi 2 jenis pils, sy perlu guna pil yg mengandungi progesterone shj, dan crinone, atau progesterone vaginal gel. Yes, vaginal gel means insert in your vagina, termasuk pil progesterone femoston tu.


ini juga kerana ovaries saya dua2 tidak aktif menghasilkan telur dan sepatutnya sarang telur atau corpus luteum yg merembeskan progesteron. So itulah sebab sy perlukan progesteron luar. Bila cerita benda ni kat mak2, diorg mcm blur plak..hehe..yela if undergone natural pregnancy, rase sy pun xambik kisah benda ni.

So, since the 1st beta smpai skrg, effect progesterone sgt ketara kat saya.. Sepanjang minggu ke 4, sy demam selsema sepanjang hari, teruk sgt, xleh kena kipas or aircond, mesti selsema.. Bdn sentiasa panas smpai skrg.. Masuk minggu ke 5, demam selsema terus hilang, tp bdn still rase panas dr biasa, dan, mula simptom baru. HEARTBURN! 1st time kena mlm sblm tdo, mula2 rase sesak nafas, ingat semput ke kan, then rase senak dada, sakit tekak terutamanya time baring, sepanjang malam xboleh tdo. Xpernah rasa mcm ni sblm ni, so esoknye google lah..tgk2 same simptom pedih ulu hati ni.. Bila progesterone da tinggi dlm bdn, ia akan relaxkan muscle esofagus dan menyebabkan asid perut naik ke atas..mlm ke 2 kena, pun teruk, smpai kena mkn gaviscon 2 paket baru boleh tdo, tu pun terjaga malam2 rase kena bakar je tekak ni..n lama2 tertdo sbb penat n ngantuk sgt.

Jadi, bile sy komplain simptom ni kat doctor, doc nasihat supaya kena kerap makan n amik early dinner so acid tu xkeluar mlm2. Doc pun precribe ubat femoston estrogen utk di mkn 3x sehari utk balance kan hormone.

How's progesterone effect on you? Do share it with me in the comment below.. Tq :)



My IVF Journey - Beta #3

Assalammualaikum wbt,

Beta kali ke tiga bukan dalam perancangan kami.

Harini 20dp5dt, predicted 5 weeks 4 days, hari appointment untuk scan kantung, but unluckily, xnmpk lg kantung. Doc kate mungkin sbb hcg rendah lg time 2nd beta, so harini cek lg beta ye.. Hati dah berdebar semula..aduiii..xjadi ke..but time scan tu doc ade tunjuk mcm tiny bubble kat rahim but doc kate it's still too tiny to tell, it maybe something else..so ambik beta utk 2 hari tgk die double n jmpe die semula minggu depan.

Dan result beta ialah......233! Alhamdulillah.. Tinggi, dan bila cek doubling time kat internet, perfect!..

Ok ape tu hcg doubling time? Bila kita pregnant, hcg expected utk double the value setiap 2 hari pada 4 minggu pertama pregnancy dan bila masuk minggu ke 6 & 7, doubling time jd makin pnjg ke 3.5 hari. Hcg akan mula menurun pada minggu ke 8. Menurut kajian, hcg value perlu double sekurang2nya 35%, cth dlm kes saya, if 1st value 19, 2nd value 32, doubling time ialah 2.7 days with 68.4% increase..ada paham ka? Haha.. If nk penjelasan lanjut bole tgk website ni: http://perinatology.com/calculators/betahCG.htm

So doubling time sy:

1st beta : 19
2nd beta : 32
Doubling time : 2.7 days with 68.4% increase every 2 days

2nd beta: 32
3rd beta : 233
Doubling time : 2.8 days with 64.3% increase every 2 days

So far so good..alhamdulillah..