Thursday 30 January 2014

1 month progress of my 90 days challenge

Assalammualaikum wbt,

hai semuaa.. hari ni sehari sebelum berakhirnya bulan Januari. mari kita imbas kembali progress kuruskan berat badan.

Usaha bulan ini:
1. Kawal pemakanan - seperti biasa, dah tak amik ns kecuali perlu (nk jg hati orang atau betul2 mengidam nak makan) tu pun mkn xsampai segenggam.
2. minum green tea sekurang2 nya 2 kali sehari ( saya plan 3 kali sehari, tp kekadang terlupa..hehe)
3. air limau + madu panas sebelum tidur
4. senam? awal bulan je bersenam..lepas tu pergi bercutilah, penat lah, demam lah..
5. owh ya, breakfast always muesli and oat..and i like it soo much.. ade la jgk cheat day mcm weeknd bila teringin nk mkn mihun goreng ke, laksa ke..

bulan ini agak hectic sbb pergi bercuti tgh bulan aritu then balik sini terus demam 2 minggu smpai harini tak baik2.. jadi pemakanan pun jd ting tong, senam pn ntah ke laut agaknya. huaaa..

tp surprisingly, time g appointment kat LPPKN aritu, timbang berat jadi 63.5! terkejut jugak.. ingat sebab xbekfas lg time tu.. 2 hari lepas tu, try timbang kat umah, same! alhamdulillah.. even jaga makan sikit2 boleh turun ek berat.. mmg bole rase pakai kain dah loose sikit..hehe..

so bulan ni berjaya turunkan dari 65kg hingga ke 63.5kg! horeeayyy.. alhamdulillah... padahal target utk smpai akhir march ni 62 kg kan..hehe...ok bolehnye ni asma'!

Next month! nak plan n buat betul2!!

ok this is my february's plan.
1. senam! setiap hari wajib! kalau x g gym, sekurang2nya kat umah buat squat 100 kali ok!
2. banyakkan makan sayur segar mcm salad.
3. kurangkan air manis dan benda2 manis.

inshaAllah..february nk target jadi 61kg aminnnnnn



Wednesday 29 January 2014

Apa itu HSG?

Assalammualaikum wbt,

sebagai persediaan saya untuk HSG bila2 masa sejurus saya period ni (masih belum period, esok last makan Duphaston..huhu), saya dengan takdekerjanya mencari info psl HSG. kebanyakkan sebelum ni sy bc sendiri pengalam ttcian dr blog mereka, but kali ni saya rajin menterjemah pulak.

Info ini saya translate bulat2 ke dalam bahasa ibunda kita dari laman web http://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/guide/hysterosalpingogram-21590
Webmed ni antara reliable website utk baca apa2 pasal medical stuff.

Histerosalpingogram(HSG) adalah test X-Ray yang membantu kita untuk melihat dalam rahim dan tiub fallopio dan kawasan-kawasan sekitarnya. Prosedur ini dilakukan biasanya kepada wanita yang mengalami kesukaran untuk mengandung (tidak subur).

Semasa prosedur HSG, satu pewarna (contrast media) di salurkan dalam tiub yg kecil dan halus dan cecair ini akan dimasukkan melaui lubang faraj (vagina) ke dalam rahim (uterus). Atas sebab uterus dan tiub fallopio ini bersambung, maka pewarna ini akan masuk ke dalam tiub fallopio juga. Apabila pewarna melalui uterus dan tiub fallopio ini, gambar uterus akan diambil menggunakan X-ray. Gambar yang diambil membantu untuk menentukan masalah yang dihadapi di uterus sama ada terdapat kecederaan atau ketidaknormalan bentuk uterus tersebut, atau jika tiub fallopio tersumbat yg mengakibatkan telur (ovum) atau sperma tidak dapat untuk disenyawakan. HSG juga membantu untuk mengesan masalah dinding uterus yang menghalang penempelan telur yang tersenyawa.

Mengapa Prosedur ini dilakukan?

  1. Mengesan tiub fallopio yang tersumbat. Ujian ini dilakukan untuk wanita yang mengalami kesukaran untuk mengandung. Jangkitan kuman mungkin menyebabkan tiub fallopio mengalami radang dan akhirnya menyekat tiub itu, lalu menghalang kehamilan untuk berlaku. Semasa ujian ini dilakukan, pewarna tersebut akan cuba untuk menolak sumbatan di dalam tiub itu dan membuka laluan di tiub fallopio.
  2. Mengesan masalah di uterus (rahim) seperti bentuk yang tidah normal, kecederaan, polips, fibroid, rahim melekat atau terdapat bendasing di uterus. Masalah ini mungkin mengakibatkan sakit semasa haid.
  3. Prosedur ini juga digunakan untuk mengesan jika pembedahan untuk mengikat tiub fallopio (untuk tujuan pemandulan) berjaya atau tidak.

Persediaan sebelum prosedur HSG

Beritahu doktor jika anda:


  1. Sedang atau mungkin mengandung
  2. menghidapi jangkitan kuman pada kawasan pelvik (pinggul) atau penyakit kelamin seperti gonorhea atau chlamydia.
  3. Sensitif pada pewarna iodine atau bahan-bahan lain yang terdapat pada pewarna iodin tersebut. Selain itu, beritahu doktor jika anda menghidapi lelah (asthma), alah pada sesetengah ubat-ubatan atau pernah mengalami alahan yang teruk terhadap bisa ular atau dari gigitan lebah atau alahan makanan laut.
  4. Pernah mengalami masalah pendarahan atau sedang mengambil mana-mana ubat pencair darah seperti aspirin atau warfarin (seperti Coumadin)
  5. Pernah menghidapi masalah buah pinggang atau diabetes, terutamanya jika kamu diberi ubat metformin (seperti Glucophage) untuk mengawal kadar gula dalam darah. Ini kerana pewarna yang digunakan semasa prosedur HSG ini boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang pada sesetengah pesakit yang pernah menghidapi kegagalan fungsi buah pinggang. Jika anda mempunyai masalah ini, ujian darah (creatine, blood urea nitrogen) akan dilakukan sebelum prosedur ini dijalankan bagi memeriksa fungsi buah pinggang anda.

Sekian.

:)



Monday 27 January 2014

Negative, please go away!

Assalammualaikum wbt..

Adakah anda akan rase sedih bila kawan anda yang kawin setarikh dengan anda baru shj melahirkan anak?

Adakah anda terasa bila ahli keluarga anda tanye xde baby lg ke, and diorg pun menambah, lambatnyeeee/

Adakah anda sangat teruja untuk try sesuai produk yg pada iklannya tertera
"produk utk kehamilan, dijamin berkesan, ramai telah mencuba dan berjaya",
tp bila anda cuba, kesan ape pun tak terasa?

Adakah anda rase annoying bila asyik setiap hari org yg sama ni update,
"owh, hari ni hubby masak ayam sbb baby dpt perut teringin sgt XOXO,  or
"baby, sila behave ibu nk g kje ni, jgn uwek2 k" or
"ye,aku gemuk sbb aku pregnant, so pehal?"

Adakah anda terasa bila hubby asyik ajak melawat kwn2 die yg baru dpt baby?

Adakah anda baca semua ni dan anda terangguk2 mengiakannya?

ok welcome to the club.




Saturday 25 January 2014

Duphaston Side Effect

Assalammualaikum wbt

i'm having moderate -severe duphasthon side effect..hari ni hari ke 3 amik duphaston untuk induce period. tapi baru hari ni dpt side effect tu which is nausea or in lay man term- loya..

but based on my reading and knowledge, ubat ni adalah dydrogesterone which selectively act on mucus membrane of female genitals, means die xkaco mane2 pathway utk nausea berlaku. tp xtau knpe ia terjadi juga..huaa..

ting tong dah kepala..dah la kne kerja arini.. T_T

Friday 24 January 2014

1st Appointment

Assalammualaikum wbt..

ok post aritu saya tipu, appointmnt yg 20/1/2014 tu sy tuka ke 23/1/2014 iaitu semalam..huhu.. sbb sy tau balik bercuti aritu mesti penat gila..dan ternyata smpai skrg rasa jetlag dan demam2 sikit..

ok bercerita mengenai appointment pertama saya di LPPKN Jln raja laut KL, kami bertolak dr rumah dlm jam 6.50pagi, akibat jam KL yg tiada bandingannya, kami sampai dlm pkul 8.15 pagi. ingat da awal la tu, tgk2 sampai klinik dan lbh kurang 8 psngn yg tunggu..huhu..

ok first ambil nombor kat kaunter.

then jumpe nurse di kaunter ckp nk register untuk kali pertama treatment. dia pun bukak fail baru, wat tag semua then die panggil suami suruh buat prosedur keluarkan air mani di tingkat 7. waktu tu suami pandang mengharap saya ikut, but sy senyum je n ckp senyap2 "good luck!" haha..ok jahat. then tunggu untuk diorg panggil untuk di interview..dan alhamdulillah sy dr DR HAMIZAH.. i dont know who she is but i know she's a SHE! yeayy..


lama jugak la dalam pkul 9 lebih baru nurse panggil. die ambil bacaan berat badan (63.2kg) yes! turun! hehehe..ok la kan..dan amik tinggi (154m) dan duduk die interview. antara soalannya:

-bila kahwin?
-berapa kerap bersama suami dlm seminggu
-pernah kahwin sblm ni?
-pernah bertukar pasangan?
-pernah buat rawatan kesuburan?
-bila last period?
-pernah cek darah utk cek hormon?
-pernah pregnant/gugur x sblm ni?

ok tu la antaranya..suami isteri lbh kurang sama lah soalannya. but sbb sy dah 3 bulan xperiod, die suruh sy wat UPT, and as expected, BFN..hehe..punya la hubby berharap sampai wat dialog lagi "pn asma xpyh wat rawatan ye sbb dah pregnant 2 bulan" haha..ok sbr ye syg..kite baru nk start enjin ni..

ok then die suruh tunggu dlm 45 mins lg utk ujian sperma keluar.

pening jgk nk digest 1st day ni..mcm2 prosedur..huhu..slmt ade background medical kan..















surat doc utk wat HSG.. HSG ni prosedur utk scan uterus supaya dpt tau ade blockage x kat tiup fallopio tu. die kate nk g mane2 hosp optional..so die suggest wat kat KPJ shah alam.





ini ape yg perlu di ambil time D2-D5 dan D21 period dah harga sekali..

sbb pg td xsempat sarapan, kami pun turun tingkat 2 untuk sarapan pagi.

then dlm pkul 10.50 cmtu nurse panggil utk bgtau result sperm. punya la hubby berdebar kan..last2 alhamdulillah NORMOSPERMIA means sperm tu normal count je. tp amount kenormalan tu nurse xreti nk interpret, die suruh tunggu time jmpe doc nnt. owh btw lupa nk bgtau, 1-3 appointmnt mmg xkn jmpe doc dlu sbb nk wat investigation semua..br jumpe doc. ok pastu nurse tu terangkan ape next step kami. seperti ini:



tp sy tney die mcm mne nk tunggu sy period? sbb sy xtau bila next sy period.. nurse tu mcm blur plak..die kate die xpernah plak encounter kes yg dah lame xperiod cmni..sy pelik la..eh abes yg dtg sini kes mcm mne?? huhu..then die kate tunggu smpai bulan 2 if period x mai jgk br call PA doc utk tnye nk wat ape..sy mcm..lorrr tujuan sy dtg sini la sy nk tau sy wat ape next..tp xckp la kat nurse tu kan..huhu..

ok then keluar bilik nurse utk byr rawatan, tetiba nurse tu panggil balik..die kate die xperasan doc ade prescribe ubat..sy tgk doc tulis DUPHASTON..ooo..haa betul la ni tuk turunkn darah..ape la nurse ni..hehe..ok, kitorg amik ubat dulu then bayar.. lps byr kami jumpe kerani situ utk tanye psl claim memandangkan say gov servant.

so, die terang claim boleh buat smpai IVF included xpernah gugur along the way. cara nk claim pd setiap abesnya cycle IUI, bg semua resit pd die dan die akan keluarkan surat claim yg dah doc sain..then bwk surat tu pd majikan utk majikan sain. then done! so, if wat 2-3 kali iui, setiap kali abesnye cycle iui tu hantarla resit..paham? hehe..utk IVF plak, presedur xdi cover, cuma ubat je diorg cover..IVF kat sini dlm average RM10-12k die kate..harga ubat dalam RM5k ikut doc..so ok la kan..not bad..

dan lps tu kami pun balik dgn penuh harapan akan period minggu dpn inshaAllah..

ok ni bill utk hari ini:

sila simpan bill ye

owh btw, semlm sy pos kat fb personal yg kami wat rwtn kesuburan kat sini..then xsangka ramai plak yg like n tnye psl lppkn ni..rupenye ramai je membr yg xpreggy tp xpernah wat pape pn sbb xtau ade kemudahan cmni..aiyooo...so hubby kate die kne jadi inspirasi diorg n bg masyarakat kita buka mata pasal perkara ni..sbb klu g wat rawatan die org akan spekulate mandul la, xreti la, etc kan..so kne educate masyarakat kita utk benda2 cmni..semngat tul husband..ok i agree with that.. inshaAllah sy akan tulis jgk psl entry mcm ni kat blog sy satu lagi..cuma blog ni agak private utk segala luahan2 yg merepek je..hee

ok till then, doakan saya period minggu dpn so dpt wat HSG plak..

Wednesday 22 January 2014

Pseudopregnancy

Assalammualaikum wbt guys,

pernah dgr tak istilah ni? mestilah ttcian sekalian selalu dgr kan..lgi2 kita yg overly concern about getting pregnant fast! haha

ok, since my first month of marriage, mmg ter excited lebih nk pregnant awal (even though time tu dah tau ade PCOS, huhu). so, lewat sehari je dah cek upt, padahal sblm kawen xkesah pn bila period nk mai. (period sy sgt tak regular). jadi opkos lah BFN. dan every month pun cek smpai la bulan ke4 lps kawen, dah immune dgn period lambat. but masa bulan ke 6, time tu period lewat xingat berapa minggu dah, setiap hari lewat tu cek guna upt yg murah tu (RM1/strips) saya beli online. so xde la rase bersalah guna byk2..hehe..dan ade 1 time tu dapat 2 line! gile excited! dah la test lps bgn tido pagi. then bila repeat test pn 2 line (guna urine yg sama) but esknye 1 line balik..tepon husband, die kate weeknd ni g klinik. pergi je klinik doc xwat pape pun, die tnye je mcm wat soal selidik, bila sebut je ade pcos, die terus wat conclusion yg sy susah nk preggy natural dan die xpernah jmpe patient die yg pcos preggy tanpa bantuan. gile down mase tu. ape la doc ckp cmtu, xde motivasi langsung!! gerrr...ok seminggu lps tu period..T_T suspen je kan...

ok nk cerita kat sini, sbnrnye entry ni due to my condition now. if termasuk hari ni, saya dah 149 hari since my first day of my last period, means if dah pregnant dah 22 minggu dah..huhu..sejak kebelakangan ni terasa mcm simptom2 pregnant pulak.. 2 hari lepas, x pernah2 bangun malam nk g toilet, mlm tu terbangun plak sbb tak thn nk g kencing..huu.. ini mungkin juga sbb sy skrg minum green tea hmpr 3 minggu, so frequency ke toilet tu mmg kerap even waktu siang. dan malam tadi rase cramp gile mcm period pain. sy klu period je rase cmni. mungkin sbb dah lame xperiod kot. plg ketara rase kat bahagian kiri uterus. sakit smpai husband tgk urutkan. lega sikit bila kena urut. td bangun pg rase cramp bhgian kaki kiri plak..bkn cramp teruk la die mcm lenguh2.. bwk kete nk g kerja pn td rase lenguh..smpai opis duduk sakit belakang plak..nk duduk xselesa, pinjam opismatenye bantal utk wat sandar. hurm, xpnah plak rase cmni.. letih sgt kot ek..

ok fyi, sy xpnah cek upt pun since lewat ni. penat kecewa sbb 1 line je naik. so esoklah penentu segalanya. esk my first appointmnt kat lppkn, so tunggu esk je la ek..mengada2 je nk rase pregnant..huhu

if pregnant pn ok pe kan..if tak pn ok, leh start treatment terus kat sana. :)

have you ever felt like this girls?



Friday 10 January 2014

Inspiring weight lose video

Assalammualaikum wbt,

semlm hubby dah bising2 sbb dah seminggu lbh xpergi gym..huaaa..i sgt lah pemalas nk g gym xtau sbb ape.. letih mungkin balik kje rase nk baring je...ye la mane die xbising nye, die yg byr gym i tu..hehe..jadi semalam buat senaman ringan je kat uma iaitu:

lompat bintang 30x
squat 20x
alternate lunges for both legs and bring leg upward 20x
ok 1 lgi ni xtau name die ape. tp cara die berdiri tegak, letak kedua2 tangan blkg kepala, bawa lutut kanan keatas kiri selisih dgn siku kiri..cmtu..huhu 20x

ulang untuk 3 set

ok la berpeluh sikit..dan tercungap jgk..

ok arini i encounter 1 very inspiring video about a girl progress to lose weight by going to gym for 100 days and see the result!

I bagi link je k sbb xleh embadded pulak kat post ni:

http://www.wimp.com/womangym/

ok rase semangat x nk g gym lps tg vid ni? sempat lagi utk cabaran 90 hari ni kan..

80 days to 62kg! hoyeahhh!!

Thursday 9 January 2014

90 days challenge start now!

Assalamualaikum wbt,

semalam asma ade post 1 entry psl my weight loss program. dan xpasal2 ade rakan blogger, Sweet Tooth (comelkan name die :D) suggest utk terima cabaran 90 hari kurus yg die launch 6 Jan 2014, start from this January 2014 sampai 31 march 2014. cabaran die xla extreme mane, ikut kemampuan kite, yg penting ade target dan achievable.

So i proudly accept her challenge! yeah! sebab xnk la diet sia2 kan..inshaAllah..

ok, here is my target.

Current weight: 65kg
by end of this year, saya nk berat saya dlm lingkungan 53-55kg.
which i have to lose 10-13 kgs.
so, by end of march, my weight should be 62kg atleast! inshaAllah

pada sape nk follow my progress, leh follow label '90 days challenge' k.

so, let's go go go!!!

owh, pada yg nak view die sweet tooth nye challenge, leh klik SINI.

Wednesday 8 January 2014

Lose Weight Program

Assalammualaikum wbt,

PCOS dan kegemukkan mmg susah nak dipisahkan. lagi2 lepas kahwin ni lg ketara kenaikan badan. Saiz baju pun gila mendadak dr M sebelum kahwin ke L 3 bln lps kahwin dan akhirnya XL sethun lps kahwin. Tahniah asma'!

tp org asyik mengata je:
"gemuk dah ko asma', dah berisi ke?"
"xpe gemuk, tanda bahagia"

ok dua-dua statement ni tak suke sangat, sbb yg 1st, mmg tak laaa... and yg 2nd tu, rase mcm sgt geram sbb pcos mmg senang naik badan dan susah sgt turunkan berat badan. lagi2 saya, makin tensen makin makan, so sbnrnye more pada tak bahagia sbb asyik makan je, gerrr...

Ok memandangkan da nk start TTC akhir bulan ni, so sebelum kena marah dengan doc sbb berat dah overweight, saya dah start program kuruskan badan secara serius mulai minggu lepas.

ini antara perkara yang saya sedang, telah (or akan) buat:

1. Avoid nasi: saya dah lbh kurang 2 bulan tak makan nasi. mula-mula rase susah, tp mula2 diet tu konon2 nk wat diet atkins kan, so bila da start bukanlah sesusah mana. sbb time makan mmg mkn byk lauk (protein) dan sayur-sayuran. so akan kenyang jugak

2. Minum Green Tea: atau lebih dikenali dengan nama Teh Hijau. saya minum 3 kali sehari 1-2 jam selepas makan. ia sangat membantu saya utk stay kenyang before snacking time dan bantu kurang kan mengidam benda-benda manis. ia betul ia sgt membantu. dan suprisingly, ia mambantu untuk menjaga mulut anda dari tak berbau makanan or berbau busuk. seriusly (*muka serius*)

Jenis green tea yg saya minum. ni pun tgk suggestion dr ahli diet atkin.


3. 5 kali makan: ok let's count my meal time:
breakfast at 8.30am,
snacking at 11.30am,
lunch at 1.00pm,
snacking at 5.00pm,
dinner at 6.30pm
this kind of habits really helps me to stay full all the time.

4. Oat or Muesli for breakfast: it does taste bad, but it really help you stay full

5. Apple as snack. apple does taste well when you choose the right species..cehh. biasa saya suka apple Fuji yg RM1.99/biji tu. mmg rangup dan rase sedap. banyak khasiat apple ni. nnt saya share di lain post k.

fuji apple yang sedap!


6. Air Limau + Madu. 3 biji limau diperah jusnya, letak madu secukup rasa dan dituangkan air panas keatas mereka dan tunggu suam2 kuku baru minum. rase sangat sedap! minum setiap hari sebelum tidur. limau nipis pun banyak khasiatnya jugak. lai kali share k.

hanya gambar hiasan

7. the malas part is exercise. dulu time belajar setiap pagi or atleast 3 kali seminggu akan jogging keliling tasik UM depan kolej tu dengan rase bestnye. skrg teramatlah berat hati, badan, kaki segala bagai nk start jogging  or bersukan. tp suami bagi semangat dengan tolong subscribekan gym dan ikut kelas zumba, sekurang2 nya 2 kali seminggu, dan wat senaman ringan 2 kali seminggu, dan ajak husband jogging 1 kali seminggu. tak kira kena buat juga. btw senanam ringan tu taklah berapa ringan sebenarnya, nnt asma share jugak inshaAllah.

8. sleep. ya tidur sebenarnya membantu anda untuk kekal cerdas so anda takkan malas, takkan makan banyak dan emosi stabil. tapi sekarang ni saya masih tak berjaya nk dpt tidur yang cukup lg. tak tahu kenapa. hish..

ok itu sahaja setakat ini. i'm enjoying this kind of healthy lifestyle for now. well, ade la jgk yg cheat sesekali mcm mak mertua suapkan nasi goreng sedap die or g kenduri kawan baik sangat sampai nak tolak nasi pun payah or terlupa byk uncang green tea ke opis, or ngantuk sgt sampai xlarat nk bancuh air limau. but disiplin kena ada!! yoshh!!

good luck asma'!


Thursday 2 January 2014

Appointment set!

Assalammualaikum wbt,

Alhamdulillah ya Allah for 2014. another exciting year ahead inshaAllah (or with sweat and tears maybe,huhu). semalam (1/1/2014) hubby tiba2 cakap, tahun ni tahun membuat anak...hehe..yeayy!! alhamdulillah hubby sangat supportive untuk TTC. hubby kate jgk matlamat kena jelas if nk sesuatu, so that, Allah tahu kesungguhan kite, kalau nk x nk je mane Allah nk bagi kan.;)

So, as referred to my PREVIOUS POST, hari ni saya try call LPPKN jln raja laut dan guess what? we got appointment set on 20 Jan 2014 ni, ptg pkul 2! MashaAllah alhamdulillah. so die amik details, no tepon hubby sekali die amik, then die bgtau syarat-syarat2 sebelum pergi appointmnt:

1. kena datang dengan suami
2. bawa I/C dan sijil nikah
3. ambik cuti sebab mungkin makan masa 1/2 hari
4. jangan bersama suami (suami tak boleh keluarkan air mani) 3-5 hari sebelum appointment.

ok yg nombor 4 tu merunsingkan sikit sebab weeknd before 20hb tu mmg da beli tiket nk g vacation ngn hubby!! huaaaa...kesianla die g vacation kne puasa..huhu..

tp memandangkan mmg 20 tu mmg nk mintk cuti sbb post vacation, jadi, bertahan je lah...huhu..

owh ya, die jugak ade tanye pernah mengandung or gugur ke.. saya pun xpasti sbb ape die tanye.. maybe ade criteria die kot untuk amik patient kan..

ape2 pun sangat excited untuk start our TTC journey! hoyehhh

May Allah ease everything as He the one is the best planner.

20 Jan 2013, 2pm @LPPKN Jln Raja Laut