Monday 21 April 2014

7th appointment LPPKN - postpone IUI

Assalammualaikum  wbt..

it takes a while to get my rational state of mind to write this post.

18/4/14 (Jumaat) lepas saya g final scan utk cek saiz telur after another 2 jab on puregon 50iu, the the result is very frustrating. telur semua xmembesar dan byk. saiz lbh kurang sama mcm last time scan iaitu 9-10mm shj. doc kate sy xrespon langsung pd ubat. so iui terpaksa postpone ke next cycle. sedih T_T. tp doc kate have faith because we believe miracle things happen here. ade je yg kes mcm awk tp end up pregnant tau, kate doc hamizah. thanks for this support doc. tp seriusly sedih..hurm..

dah la g scan sorg2  aritu..time drive balik tu xrase pape sgt..bile smpai uma terus masuk bilik xkuar2..hubby balik kjp je..die tnye cmne semua..sy jwb membase basi je..tp die xpasan la yg sy tgh sedih gile.. then die kuar g kje balik.. so mlm tu nanges sorg2 dlm bilik..tepon ummi..nanges..pastu xtahan msj hubby suro balik teman nanges..baru hubby perasan yg i tgh sedih..haha..my hubby is so naive..isteri sedih pun xperasan..ape la...huhu..die terus rush balik..then nanges puas2 lagi smpai mate bengkak..

esknye xkuar bilik smpai pukul 10 lebih..kuar pn sbb lapa..then selubung ngn selimut lg..huu..

ya Allah berilah kekuatan...tunggu period or period delay..

Tuesday 15 April 2014

6th appointment LPPKN

Assalammualaikum wbt..

pagi tadi appointment dengan Dr Hamizah utk scan telur (CD10). dan sangat mengecewakan sebab telur paling besar pun dlm 10mm..tu pun ade 2 je telur besar ru :(. Doc bagi puregon 50iu utk 2 kali shot (15/4 & 17/4) then 18/4 which is friday appointment untuk scan balik. doc kate sehari telur boleh membesar dlm 1-2mm. so dlm 4 hari ni yg 10 tu je jadi 18 atleast..amin..

Hope for the best, but all according to Allah's will. if ade rezeki bulan ni, ade la kan. :)

Moga telur2 ku membesar dengan matangnya sebelum 18/4 ni..amin...

total treatment:

Consultation: RM10
TVS: RM20
Inj Puregon 50iu x 2 : RM120
TOTAL: RM180.

Best of luck my ovum! :)

Tuesday 8 April 2014

Study pre treatment

Assalammualaikum wbt

Tak sabar rasenye nk start treatment. So sblm kita mula kena ada pengetahuan psl possible treatment kan.

Selongkar la balik nota2 lama..so here it is:

Paham ke?? Haha..
Ok meh sini sy terang sikit2..

Secara amnya, kitaran haid kita bermula bila hari pertama dtg haid, atau bahasa TTC nya CD1. pada waktu ni, hypothalamus di otak akan sgt aktif utk rembeskan hormon Gonadotropin releasing hormone (GnRH) iaitu GnRH akan ransang kelenjar pituitari di sblh hypothalamus utk rembeskan hormon Follicle Stimulating hormone (FSH). FSH akn masuk dlm salur darah dan pergi ke ovari lalu menggalakkan pertumbuhan folikel. folikel akan membesar dan matang. folikel yg matang akan merembeskan hormon estrogen, dan hormon ini akan memberhentikan perembesan FSH bagi menunjukkan folikel tidak lagi diperlukan. fasa folikular ini berlangsung sewaktu anda period dan selama lbh kurang 14 hari.

bila telur matang, bermula fasa ovulatory iaitu hormon Luteinizing (LH) akan dirembeskan dan selepas 32-36jam telur yang matang akan keluar dari ovari. sarung telur atau corpus luteum akan tertinggal di dlm ovari dan ia berfungsi utk perembesan hormon progesterone. hormon progesterone sgt penting utk penebalan dinding rahim sebagai persediaan utk penempelan. waktu ini digelar waktu subur. waktu subur boleh diukur 14 hari sebelum datang haid utk sesiapa yang mengalami kitaran tetap

selepas itu, bermula Luteal phase dimana telur yg dilepaskan akan bergerak ke rahim melalui tiub fallopio dimana persenyawaan mungkin berlaku di sini. waktu yg diambil utk telur yg disenyawa bergerak ke rahim ialah dlm 6-7 hari. waktu ini hormone progesterone adalah tinggi. jika tiada persenyawaan, 14 hari dari telur keluar, hormone progesterone akan berkurang kerana corpus luteum mati dgn sendirinya dan dinding rahim akan luruh sbg darah haid. jika ada bersenyawaan, telur akan menempel di dinding atas rahim dan perembesan hormon progesteron akan diambil alih oleh placenta.

jadi, pengambilan ubat subur juga berkait rapat dengan kitaran hormon kita. sila rujuk gambar rajah:

1. clomiphene sulphate (clomid)
ubat clomid ialah ubat yang paling murah dalam bentuk tablet dan selalu digunakan utk rawatan kesuburan. clomid bertindak sebagai perancang hypothalamus utk merembeskan GnRH. so GnRH tinggi, FSH tinggi, peluang untuk folikel matang pun tinggi.

2. Letrozole
ubat ini pada asalnya digunakan utk merawat kanser payudara pada wanita yg menapouse. secara amnya ubat ini menurunkan kadar estrogen dalam badan. ia guna sebagai alternatif kepada clomid kepada pesakit yang tidak memdapat kesan darinya.

2. Gonadotrophin (FSH/LH)
ubat ini biasanya dalam bentuk injeksi dimana ia boleh gabungan antara FSH & LH atau berasingan. biasanya Dr di sini akan bagi Brand Puregon utk FSH. hormon ini adalah mimik kepada FSH dan membantu utk pertumbuhan folikel secara direct (xperlu diransang oleh GnRH)

3. Human Chorionic Gonadotrophine (HCG)
hormon ini mimik LH iaitu utk pelepasan telur yg matang ke dalam tiub fallopio.

4. Lain2 ubat yang berkaitan
terdapat beberapa ubat yang bukan ubat hormon tetapi membantu dlm kesuburan, seperti metformin. metformin pada asalnya adalah ubat kencing manis yg berfungsi utk mengawal kadar gula dlm darah. PCOS amat sensitif pada gula dan kebanyakkan mereka akan mengalami insulin resistance. bila pasa insulin berterabur, ia mempengaruhi hormon2 lain juga. jadi doc biasanya akan beri metformin sekali dengan clomid jika rawatan dengan clomid kurang berkesan. bromocriptine dan carbegoline ialah ubat untuk mengawal hormon prolactin yang menyebabkan penghasilan susu berlebihan atau hyperprolactenimia. ini disahkan melalui simptom penghasilan susu di puting. apabila level prolactin tinggi, progesterone akan rendah.

ok itulah secara ringkas apa2 yg teringat kat kepala ini..huhu..mencabar jugak jadi gynae ni..mcm2 kne ingat..aduiyai..

so, skrg saya tgh on Clomid 100mg OD dan inj Puregon (FSH) 50iu EOD. wish me luck! aminn

4th & 5th appointment LPPKN

Assalammualaikum wbt

baru balik dari LPPKN terus semangat nk tulis..ok dah lame xupdate ye x..meh imbas kembali rawatan saya

so 3/4/14 (khamis) merupakan hari CD21 so g lppkn pagi2 utk amik darah. then nurse kate tunggu next period, bila 1st day period datang terus call lppkn utk set appointment jumpe Dr Hamizah CD2-5.

expected period around 12-14hb ni, tp yela pcos mmg dijangka2 datang period bila kan.. nk dijadikan cerita, ahad lepas (6/4/14) tgh syok cuci toilet tiba2 gedebuk! tergelincir jatuh...lebam jugak la punggung n sakit senak perut..risau jugak jatuh2 ni kan..then maghrib tu tiba2 ade spotting..sudah..awal sungguh period ini kali..ke sebab jatuh :(..tunggu punya tunggu esok pagi darah mmg banyak so mmg period..maybe jatuh tu induce period nk kuar kot.. jadi ptg isnin call lppkn utk set appointment..dlm hati doa byk2 nk set hari selasa sbb ptg selasa smpai jumaat kena outstation plak ke sabah..dan alhamdulillah dapat appointment selasa pagi 8/4/14 kol 7.30 (CD3).

8/4/14 (selasa)
so as usual, husband punya nk elak jam kat kl, kol 6.15 lps subuh dah bertolak. smpai lppkn kol 6.45am..haha mcm pelesit bwk..tido jp dlm kete, dlm kol 7.15 baru naik..masa nk naik amik pas tu guard xbagi naik sbb blum kol 7.30..so bila dapat naik..sampai je klinik dapat no 1 sekali jumpe dr Hamizah yeayyy..xsabar n berdebar2 pulak. then dlm kol 7.45 cmtu da kne panggil ngn dr..cepat sungguh!.. dr hamizah mmg sedap mata memandang, die terangkan result2 lab yg buat dulu..

1. Husband sperm analysis:

Concentration: 60 (normal: >15) GOOD!
Total Count: 84 (normal >39) GOOD!
Motility (pergerakan sperm): 66.6 (normal >40) GOOD!
Normal Morphology: 32 (normal >4) GOOD!

Kesimpulan Sperma husband sangat bagus..hehe

2. Wife Hormone Analysis

FSH: 6.42 (normal: 3.5 - 13) GOOD!
LH: 12.53 (normal: 2.4-12) too much NOT GOOD :(
Progesterone : 2.21 (mesti >80 utk ovulate) NOT GOOD :(

kesimpulan dr kate mmg simpton biasa bagi pcos LH tinggi dan progesterone rendah.

jadi dr bagi option untuk start treatment: natural with clomid or iui

kitorg pilih iui sebab nk ekspress terus..huhu..so dr kate bole start rwatan hari ni. jadi mula dengan clomid 100mg OD  for 5 days dan Inj Puregon (FSH) 50 IU EOD (every other day) for 3 days.

Clomid makan pkul 10pm dan inject pkul 10.15pm. scary ok nk inject ni..time nurse tu ajar cmne nk inject die tnye sape nk inject, berebut2 husband n wife nk inject...haha..gelak je nurse tu.

then 15/4/14 ni ade appointment lagi utk cek telur matang ke x.

Kos hari ni:

Rawatan: RM10
Tab Clomid 50mg 10 biji: RM36
Inj Puregon 50 iu 3 kotak: RM226
Syringe x 3: RM1.80
TOTAL: RM274.00

"Ya Allah, Matangkan lah telur2 ku...dan mudahkan lah urusan iui kami ya Allah"

thanks reader sebab doakan kami :)