Tuesday, 8 April 2014

Study pre treatment

Assalammualaikum wbt

Tak sabar rasenye nk start treatment. So sblm kita mula kena ada pengetahuan psl possible treatment kan.

Selongkar la balik nota2 lama..so here it is:

Paham ke?? Haha..
Ok meh sini sy terang sikit2..

Secara amnya, kitaran haid kita bermula bila hari pertama dtg haid, atau bahasa TTC nya CD1. pada waktu ni, hypothalamus di otak akan sgt aktif utk rembeskan hormon Gonadotropin releasing hormone (GnRH) iaitu GnRH akan ransang kelenjar pituitari di sblh hypothalamus utk rembeskan hormon Follicle Stimulating hormone (FSH). FSH akn masuk dlm salur darah dan pergi ke ovari lalu menggalakkan pertumbuhan folikel. folikel akan membesar dan matang. folikel yg matang akan merembeskan hormon estrogen, dan hormon ini akan memberhentikan perembesan FSH bagi menunjukkan folikel tidak lagi diperlukan. fasa folikular ini berlangsung sewaktu anda period dan selama lbh kurang 14 hari.

bila telur matang, bermula fasa ovulatory iaitu hormon Luteinizing (LH) akan dirembeskan dan selepas 32-36jam telur yang matang akan keluar dari ovari. sarung telur atau corpus luteum akan tertinggal di dlm ovari dan ia berfungsi utk perembesan hormon progesterone. hormon progesterone sgt penting utk penebalan dinding rahim sebagai persediaan utk penempelan. waktu ini digelar waktu subur. waktu subur boleh diukur 14 hari sebelum datang haid utk sesiapa yang mengalami kitaran tetap

selepas itu, bermula Luteal phase dimana telur yg dilepaskan akan bergerak ke rahim melalui tiub fallopio dimana persenyawaan mungkin berlaku di sini. waktu yg diambil utk telur yg disenyawa bergerak ke rahim ialah dlm 6-7 hari. waktu ini hormone progesterone adalah tinggi. jika tiada persenyawaan, 14 hari dari telur keluar, hormone progesterone akan berkurang kerana corpus luteum mati dgn sendirinya dan dinding rahim akan luruh sbg darah haid. jika ada bersenyawaan, telur akan menempel di dinding atas rahim dan perembesan hormon progesteron akan diambil alih oleh placenta.

jadi, pengambilan ubat subur juga berkait rapat dengan kitaran hormon kita. sila rujuk gambar rajah:

1. clomiphene sulphate (clomid)
ubat clomid ialah ubat yang paling murah dalam bentuk tablet dan selalu digunakan utk rawatan kesuburan. clomid bertindak sebagai perancang hypothalamus utk merembeskan GnRH. so GnRH tinggi, FSH tinggi, peluang untuk folikel matang pun tinggi.

2. Letrozole
ubat ini pada asalnya digunakan utk merawat kanser payudara pada wanita yg menapouse. secara amnya ubat ini menurunkan kadar estrogen dalam badan. ia guna sebagai alternatif kepada clomid kepada pesakit yang tidak memdapat kesan darinya.

2. Gonadotrophin (FSH/LH)
ubat ini biasanya dalam bentuk injeksi dimana ia boleh gabungan antara FSH & LH atau berasingan. biasanya Dr di sini akan bagi Brand Puregon utk FSH. hormon ini adalah mimik kepada FSH dan membantu utk pertumbuhan folikel secara direct (xperlu diransang oleh GnRH)

3. Human Chorionic Gonadotrophine (HCG)
hormon ini mimik LH iaitu utk pelepasan telur yg matang ke dalam tiub fallopio.

4. Lain2 ubat yang berkaitan
terdapat beberapa ubat yang bukan ubat hormon tetapi membantu dlm kesuburan, seperti metformin. metformin pada asalnya adalah ubat kencing manis yg berfungsi utk mengawal kadar gula dlm darah. PCOS amat sensitif pada gula dan kebanyakkan mereka akan mengalami insulin resistance. bila pasa insulin berterabur, ia mempengaruhi hormon2 lain juga. jadi doc biasanya akan beri metformin sekali dengan clomid jika rawatan dengan clomid kurang berkesan. bromocriptine dan carbegoline ialah ubat untuk mengawal hormon prolactin yang menyebabkan penghasilan susu berlebihan atau hyperprolactenimia. ini disahkan melalui simptom penghasilan susu di puting. apabila level prolactin tinggi, progesterone akan rendah.

ok itulah secara ringkas apa2 yg teringat kat kepala ini..huhu..mencabar jugak jadi gynae ni..mcm2 kne ingat..aduiyai..

so, skrg saya tgh on Clomid 100mg OD dan inj Puregon (FSH) 50iu EOD. wish me luck! aminn

4 comments:

  1. seronok kan belajar pasal ni....teringat dulu masa belajar Biology. betapa complex nye reproductive system kita..Subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..bila asma terang semua ni pd husband die pun pening2..haha

      Delete
  2. Amboi...warna warni notes... thumbs up! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nk bg husband baca jugak..so that sama2 dpt knowledge ni..no excuse die xtau..hehe

      Delete