Friday, 20 December 2013

My PCOS diagnosis

Assalammualaikum wbt,

Harini saya nk cerita sedikit mengenai PCOS saya yang dikasihi.

PCOS dan saya memang tak dapat nak dipisahkan. I think i had live with it since my first menses came. Saya start period sewaktu umur 14 tahun (2002), which is a lil bit late among my other sisters. lepas tu, next period selepas 2 tahun! huhu.. mula-mula memang tak syak apa-apa sebab mungkin kitaran masih dalam versi menyesuaikan diri dengan hormone baru. bila dah start umur 20 tahun, mula period makin tak betul. mula-mula 2 bulan sekali, lepas tu, 3 bulan sekali. the longest period tak datang ialah selama 4 bulan. this is madness!!



akibat terlampau concern dengan keadaan period yang haywired ni, (mungkin sebab sy time tu belajar jurusan farmasi) saya pun pergi ke klinik pelajar UM dan cek. doc sana kate ken pergi pakar baru leh tahu ape punca sebenar dan doc pun buat la surat referal untuk jumpa pakar di PPUM. masa ni tak terfikir pn pasal kos, tapi nasib baik sbb amsih student kat situ kan, so everything settle! haha

bermulalah appointment saya kat PPUM. mmg kelakar mula-mula kena jumpa doc kat klinik pakar gyne tu sbb rata-rata yang kat sana sume tgh pregnant..huu.. time ni saya umur 21 tahun (tahun 2009). biasalah mula-mula doc amik darah, cek hormone level, amik history keluarga semua, tgk fizikal symptoms, minum air gula pun ade sbb nk tgk insulin resistant or tak.

first tu doc bagi Mercilon which is Oral contraceptive Pills untuk regulate kan hormone balik selama 3 bulan, then pergi followup balik. time makan mercilon tu mmg teruk la side effect die sbb time period datang mmg period pain gile2..xpernah rase period pain sebelum ni. lepas tu, masa followup, complain kat doc, doc kata saya alah dengan dos mercilon tu (sbb progesteron tinggi kot), keputusan darah keluar, tgk saya punya progesteron rendah dan hormone androge tinggi. itulah sbb saya ada simptom lelaki macam bulu kaki, bulu di muka. then doc tukar Diane35. mkn ni mmg ok n doc pun kate ubat ni sesuai dengan simptom2 tu. masa ni doc xfully diagnose lg sbb die nk tgk lagi lps sy mkn diane tu ok ke x..

Diane35 saya mkn for another 3 month cycle, then jumpe doc balik. time ni doc wat CT scan bahagian rahim. baru doc fully diagnose saya PCOS sbb dia kata memang ketara saya ade cycts yang unmatured sekeliling ovary saya. itu yang menyebabkan saya xperiod dan period perlu di induce untuk turunkan darah. tapi setiap kali turun darah xsemestinya telur keluar, sbb mostly PCOS patient tak ovulate pun sbb telur yang develop tak matang. dan potensi untuk mengandung pun rendah. time ni memang down sangat-sangat. terus terfikir ade ke orang nk kahwin dengan aku yang susah nak pregnant ni? huhu.. cetek giler pemikiran time tu. then balik doc suruh teruskan diane35 tu for another 3 month.

Tapi sebab saya tahu mkn OCP untuk jangka masa panjang xberapa bagus (prone to cancer due to high estrogen level dlm badan), so saya pun dengan sendirinya mengabaikan followup seterusnya. sebab mcm xde point pun mkn OCP tiap bulan untuk inducekan period, sampai bila nak bergantung pada ubat kan? lagipun doc kate xperlu pun mkn OCP if plan xnak mengandung lagi. so, saya stop treatment sampai situ je. atleast i know the root cause of my period's absent every month since then.

Kesimpulannya, it takes about a year to diagnose my dearest PCOS, berdasarkan symptoms berikut;


  1. Irregular period
  2. Men's-like hair (leg and face)
  3. Cysts on ovary
  4. high testosterone level
Pesakit PCOS juga akan mengalami complikasi berikut:

  1. Kesukaran untuk mengandung kerana ketidakhadiran telur yang matang.
  2. insulin resistant iaitu mudah mendapat penyakit diabetis
  3. berat badan meningkat dengan mendadak terutamanya di bahagia pinggang (apple shape body)
  4. risiko penyakit jantung
awal-awal time anak dara dulu rase sangat lah tak logik untuk dapat apple shape body ni sbb time tu mmg rajin bersukan, tapi sekarang, berat naik mendadak sampai 10 kg selama setahun! teruknyee!!!..semua baju pun dah ketat :(...

jadi setelah sekian lama PCOS bersama saya, saya cuba untuk menerima kehadiran dia dengan hati yang terbuka. apa2 jadi mmg PCOS lah jadi mangsa dipersalahkan.. haha.. badan gemuk salah PCOS, kuat mkn salah PCOS, suke mkn benda manis salah PCOS!

ok i think setakat itu sahaja sejarah diagnosis saya. nnt saya update tentang tips menjadikan PCOS itu kawan baik anda k..hehe

till then, May Allah bless my family with a beautiful, healthy and soleh children. Aminnnn

No comments:

Post a Comment