Showing posts with label ubat. Show all posts
Showing posts with label ubat. Show all posts

Friday, 7 August 2015

My IVF Journey - IVF medication review

Assalammualaikum,

Disini sy nk terangkan dlm bahasa mudah 2 ubat yang sedang saya guna setakat ni.

1. Pergoveris 150iu/75iu

Pergo ni terdiri drpn 2 jenis sintetik hormon:

150iu/11mcg follitropin alfa (mimik Follicle stimulating hormone aka FSH)
& 75iu/3mcg lutropin alfa (mimik luteinising hormone aka LH)

So back to basic, FSH tugas die membesarkan follicle yg akan meningkatkan hormon estrogen dan hormon ni akan bantu utk perkembangan telur dlm follicle yg plg besar. Bila estrogen byk, ia akan ransang perembesan LH pulak utk telur dilepaskan keluar dari ovari (ovulation).

Biasanya pergo inject pada S1-S8

Setakat ni lepas S4 inject br rase senak2 perut n sakit pinggang..

2. Orgalutron 0.25mg/0.5ml

Orga ni terdiri drpn ganirelix.

Ganirelix ni dia adalah anti-gonadotrophin releasing hormone. Secara asas gonadotrophin releasing hormone(GnRH) merancang perembesan LH. So ganilerix merencatkan LH supaya tiada ovulasi berlaku selagi xde saiz follicle yg optimum dgn jumlah yg diperlukan.

Biasa orga inject pada S5-S8.

3. Decapeptyl

Mengandungi bahan aktif triptorelin, iaitu same dgn fungsi luiteining hormone releasing hormon (LHRH) yg bertindak pd kelenjar pituitary di otak.
Ok secara kasarnya, Perembesan LH dan estrogen dikawal oleh LHRH ni, so bila LHRH aktifkn kelenjar pituitary, LH dan estrogen pun meningkat, dan decapeptyl injection menambahkan amount rembesan both hormon ni. But bila byk sht LHRH+decapeptyl, kelenjar pituitary jd desensitize dan akhirnya mengurangkan perembesan LH dan estrogen. Deca membantu dlm proses akhir utk pematangan telur

Decapeptyl injek 36jam sebelum egg retrival.


4. Carbegoline

Ubat ini saya makan selepas OPU. Ni untuk mengurangkan simpton OHSS. Pada dasarnya ubat ini utk treat hyperprolactemia iaitu byknye hormon prolactin dlm bdn, prolactin ni penting utk penghasilan susu.
But in my case, as decapeptyl is injected, so takut efek die xreduce lps opu, jd carbegoline act as inhibitor la kpd decapeptyl.

Saya da mkn 12 biji setakat ni since ovari sy still bengkak 8cm even seminggu lps opu.

Ok itu shj info ubat-ubatan.. Nanti dah start ubat baru sy review pulak.

Tuesday, 14 October 2014

CD60

Assalammualaikum wbt..

harini tepat cd60 T_T. last BFN hari jumaat lepas, 10/10/14, time cd56. i dont feel preggy jugak..af apetah lagi.. ok maknanya selama ni period bergantung pd duphaston je. last time buat atkins (sblm raya haji) dpt la turun dari 64kg ke 59kg. but ya lepas raya makan bagai nk rak! nk diet balik dah kelautttt...tp swimming tetap swimming. skrg sekurang2nya saya swimming 3 kali seminggu. but kalau larat 5 kali seminggu..tp mmg flat la setiap hari..huhu..ok teruskan usaha asma'!.. about my period, rase nk jumpe doc lg 10 hari xperiod..means dlm cd70 cmtu..lama2 xperiod nnt doc adilah marah! huu..pcos really mess up my period. hurm...

but selain swimming, asma skrg tgh mkn:

1. pati delima- rasa sgt manis n masam! takut kekdg nk mkn..kang bertambah teruk kadar gula dlm darahku...mkn mlm sblm tido
2. madu+apple vinegar-ni hubby beli kat genting. die dah campur sekali.. ok la dr kena mkn apple vinegar je kan..masammmmmm..bila ade madu tu bole la telan sikit.. ni makan pagi sblm bekfas
3. multivitamin blackmore 1 biji kali sehari pagi
4. fish oil blackmore 1 biji 2 kali sehari, pagi n ptg
5. habbatussauda' currently mkn brand halagel sebab die ade packing 120 biji/botol..beli ngn member dpt harga rm55..ni mkn 2 biji 2 kali sehari, pg n ptg
6. 2 biji telur half cook setiap pagi.
7. chia seed - ok ni x consisten..asyik lupe je nk mkn..mungkin sbb kedudukan die kat peti sejuk..

well..now im having a very bad habit! sblm ni asma xpenah suke minum nescafe or kopi..but lately sedap gile both of them ok! hari2 mesti pekena 1 kali..huaaaa..caffein is not good for ttcian kan..tp sedappppp...huhu...

tertanya2 kenapa la lambat sgt period ni..mungkin sbb last 5 cycle sblm ni induce by duphaston kot..hurmm...tp cycle ni pelik..time cd18-cd20 tu cramp gile perut mcm nk period. tp pastu xde pape dah. but cycle ni xjumpe langsung egg white. bbt lagi la kelaut sampai malas nk ambik dah.. Ya Allah jika ada nyawa dalam rahimku Kau peliharalah, Jika tidak, Kau turunkanlah darahku itu. amin

btw semalam baru abes 'dose' sireh yg mak bidan tu suro makan..actually terskip 1 hari xmakan! haha..ok bergantung lah, kalau berkesan alhamdulillah, klu xpun, xpe kite usaha kan., Allah yg tentukan.

last week pegi lagi akupuntur. doc still wat kat point yg sama. doc cite last 2 weeks ade couple ni amik ubat homeopati shj dr die tanpa akupuntur. couple ni dr johor dtg semata2 nk jumpe die. lepas 2 minggu mkn, terus lekat..rezeki kan..alhamdulillah. lepas wat akupuntur tu cramp2 perut..hurm...

ok itu shj perkembangan asma. doakan asma period/ade baby dlm perut..org kate selagi xperiod selagi tu ade harapan lagi kan..ok..hope is where i hold on too.. and to Allah i give my greatest hope.

May Allah bless.


Tuesday, 5 August 2014

5th appointment Hosp Pantai Bangsar: Bad News again

Assalammualaikum wbt dan selamat hari raya.

last appointment dgn doc adilah sebelum raya aritu. lepas 2 hari observe ade telur besar 15mm, but scan balik telur tu still besar tu je..huaaa sedih betul..huhu..tp xpe..doc kate mungkin telur sy lmbt membesar..try naturally dulu. no trigger were given that day. n doc bagi duphaston utk kuatkan rahim incase preggy.

so, 21/7 - 2 telur 15mm
23/7 - 1 telur 15mm
duphaston 30/7-13/8

doc bagi option untuk next treatment incase this time fail, sama ada guna suntikan untuk trigger telur membesar or buat ovarian drilling since banyak cyst2 kecik keliling ovary. the best option if drilling la but cost about 15-18k! which i dont have any insurance covered for this surgery. klu guna ubat suntik shj, chances die same cm mkn clomid je since i punya ovari dah penuh dgn cyst, tkut telur xleh membesar jgk.

we wanna opt for drilling if we are financially stable in the next few months inshaAllah..

btw, how is your raya so far? me? alhamdulillah most of the relative prayed for our future kids..ade la sorg yg celupar but sorg dlm 20 org xde efek mane kan..hehe..

husband mcm dah xsabar nk ade baby..yela kwn2 baya die dah anak 3...huhu..sabar ye, inshaAllah ada rezeki kita nanti.

till here..moga kami berjaya hamil this cycle naturally..aminnn

Wednesday, 23 July 2014

4rd Appointment Hosp Pantai - good news!

Assalammualaikum wbt,

isnin lepas, 21/7/14 saya pergi check up time cd12. ok mari imbas kembali apa saya buat this cycle:

10/7/14- CD1
11-19/7/14- Tab Clomid 100mg
21/7/14- appointment

ok basicly cycle ni regimen clomid agak berlainan, which biasa clomid amik time cd3-cd7 (5hari), but doc nk pnjgkn time sy amik clomid sbb last 2 cycle clomid xberi respon. jadi saya kena makan dari cd2-cd9 (8hari). dan alhamdulillah, time scan tu ade 2 biji follikel yg besar 15mm! ya Allah gembira xterkata mcm dpt berita pregnant. doc pn mcm teruja sbb sy bgtau ni 1st time nmpk besar. mmg nmpk besar gile kat screen tu..haha..jakun!

doc kate mungkin saya ni lmbt respon kat clomid dan mungkin juga sbb saya amik vid D. but sadly my endometrium lining baru 3-4cm shj. untuk penempelan bagus 8cm ke atas. so doc precribe ubat hormon femoston, amik yg estrogen pil shj(warna merah) dan bukan makan, tp insert kat vagina setiap 6 jam! huhu..1st time dpt ubat insert kat vagina.. jakun lg! haha

so, hari ni appointment lg nk tgk progress pembesaran telur. sebab telur boleh membesar 1-2mm sehari. jadi estimated paling x telur akan besar dlm 18mm paling kurang. Ya Allah besarkanlah telur2 ku.. Kurniakanlah kami rezeki anak2 soleh di bulan ramadhan yg mulia ini..amin..

Tuesday, 15 April 2014

6th appointment LPPKN

Assalammualaikum wbt..

pagi tadi appointment dengan Dr Hamizah utk scan telur (CD10). dan sangat mengecewakan sebab telur paling besar pun dlm 10mm..tu pun ade 2 je telur besar ru :(. Doc bagi puregon 50iu utk 2 kali shot (15/4 & 17/4) then 18/4 which is friday appointment untuk scan balik. doc kate sehari telur boleh membesar dlm 1-2mm. so dlm 4 hari ni yg 10 tu je jadi 18 atleast..amin..

Hope for the best, but all according to Allah's will. if ade rezeki bulan ni, ade la kan. :)

Moga telur2 ku membesar dengan matangnya sebelum 18/4 ni..amin...

total treatment:

Consultation: RM10
TVS: RM20
Inj Puregon 50iu x 2 : RM120
TOTAL: RM180.

Best of luck my ovum! :)

Tuesday, 8 April 2014

Study pre treatment

Assalammualaikum wbt

Tak sabar rasenye nk start treatment. So sblm kita mula kena ada pengetahuan psl possible treatment kan.

Selongkar la balik nota2 lama..so here it is:

Paham ke?? Haha..
Ok meh sini sy terang sikit2..

Secara amnya, kitaran haid kita bermula bila hari pertama dtg haid, atau bahasa TTC nya CD1. pada waktu ni, hypothalamus di otak akan sgt aktif utk rembeskan hormon Gonadotropin releasing hormone (GnRH) iaitu GnRH akan ransang kelenjar pituitari di sblh hypothalamus utk rembeskan hormon Follicle Stimulating hormone (FSH). FSH akn masuk dlm salur darah dan pergi ke ovari lalu menggalakkan pertumbuhan folikel. folikel akan membesar dan matang. folikel yg matang akan merembeskan hormon estrogen, dan hormon ini akan memberhentikan perembesan FSH bagi menunjukkan folikel tidak lagi diperlukan. fasa folikular ini berlangsung sewaktu anda period dan selama lbh kurang 14 hari.

bila telur matang, bermula fasa ovulatory iaitu hormon Luteinizing (LH) akan dirembeskan dan selepas 32-36jam telur yang matang akan keluar dari ovari. sarung telur atau corpus luteum akan tertinggal di dlm ovari dan ia berfungsi utk perembesan hormon progesterone. hormon progesterone sgt penting utk penebalan dinding rahim sebagai persediaan utk penempelan. waktu ini digelar waktu subur. waktu subur boleh diukur 14 hari sebelum datang haid utk sesiapa yang mengalami kitaran tetap

selepas itu, bermula Luteal phase dimana telur yg dilepaskan akan bergerak ke rahim melalui tiub fallopio dimana persenyawaan mungkin berlaku di sini. waktu yg diambil utk telur yg disenyawa bergerak ke rahim ialah dlm 6-7 hari. waktu ini hormone progesterone adalah tinggi. jika tiada persenyawaan, 14 hari dari telur keluar, hormone progesterone akan berkurang kerana corpus luteum mati dgn sendirinya dan dinding rahim akan luruh sbg darah haid. jika ada bersenyawaan, telur akan menempel di dinding atas rahim dan perembesan hormon progesteron akan diambil alih oleh placenta.

jadi, pengambilan ubat subur juga berkait rapat dengan kitaran hormon kita. sila rujuk gambar rajah:

1. clomiphene sulphate (clomid)
ubat clomid ialah ubat yang paling murah dalam bentuk tablet dan selalu digunakan utk rawatan kesuburan. clomid bertindak sebagai perancang hypothalamus utk merembeskan GnRH. so GnRH tinggi, FSH tinggi, peluang untuk folikel matang pun tinggi.

2. Letrozole
ubat ini pada asalnya digunakan utk merawat kanser payudara pada wanita yg menapouse. secara amnya ubat ini menurunkan kadar estrogen dalam badan. ia guna sebagai alternatif kepada clomid kepada pesakit yang tidak memdapat kesan darinya.

2. Gonadotrophin (FSH/LH)
ubat ini biasanya dalam bentuk injeksi dimana ia boleh gabungan antara FSH & LH atau berasingan. biasanya Dr di sini akan bagi Brand Puregon utk FSH. hormon ini adalah mimik kepada FSH dan membantu utk pertumbuhan folikel secara direct (xperlu diransang oleh GnRH)

3. Human Chorionic Gonadotrophine (HCG)
hormon ini mimik LH iaitu utk pelepasan telur yg matang ke dalam tiub fallopio.

4. Lain2 ubat yang berkaitan
terdapat beberapa ubat yang bukan ubat hormon tetapi membantu dlm kesuburan, seperti metformin. metformin pada asalnya adalah ubat kencing manis yg berfungsi utk mengawal kadar gula dlm darah. PCOS amat sensitif pada gula dan kebanyakkan mereka akan mengalami insulin resistance. bila pasa insulin berterabur, ia mempengaruhi hormon2 lain juga. jadi doc biasanya akan beri metformin sekali dengan clomid jika rawatan dengan clomid kurang berkesan. bromocriptine dan carbegoline ialah ubat untuk mengawal hormon prolactin yang menyebabkan penghasilan susu berlebihan atau hyperprolactenimia. ini disahkan melalui simptom penghasilan susu di puting. apabila level prolactin tinggi, progesterone akan rendah.

ok itulah secara ringkas apa2 yg teringat kat kepala ini..huhu..mencabar jugak jadi gynae ni..mcm2 kne ingat..aduiyai..

so, skrg saya tgh on Clomid 100mg OD dan inj Puregon (FSH) 50iu EOD. wish me luck! aminn

4th & 5th appointment LPPKN

Assalammualaikum wbt

baru balik dari LPPKN terus semangat nk tulis..ok dah lame xupdate ye x..meh imbas kembali rawatan saya

so 3/4/14 (khamis) merupakan hari CD21 so g lppkn pagi2 utk amik darah. then nurse kate tunggu next period, bila 1st day period datang terus call lppkn utk set appointment jumpe Dr Hamizah CD2-5.

expected period around 12-14hb ni, tp yela pcos mmg dijangka2 datang period bila kan.. nk dijadikan cerita, ahad lepas (6/4/14) tgh syok cuci toilet tiba2 gedebuk! tergelincir jatuh...lebam jugak la punggung n sakit senak perut..risau jugak jatuh2 ni kan..then maghrib tu tiba2 ade spotting..sudah..awal sungguh period ini kali..ke sebab jatuh :(..tunggu punya tunggu esok pagi darah mmg banyak so mmg period..maybe jatuh tu induce period nk kuar kot.. jadi ptg isnin call lppkn utk set appointment..dlm hati doa byk2 nk set hari selasa sbb ptg selasa smpai jumaat kena outstation plak ke sabah..dan alhamdulillah dapat appointment selasa pagi 8/4/14 kol 7.30 (CD3).

8/4/14 (selasa)
so as usual, husband punya nk elak jam kat kl, kol 6.15 lps subuh dah bertolak. smpai lppkn kol 6.45am..haha mcm pelesit bwk..tido jp dlm kete, dlm kol 7.15 baru naik..masa nk naik amik pas tu guard xbagi naik sbb blum kol 7.30..so bila dapat naik..sampai je klinik dapat no 1 sekali jumpe dr Hamizah yeayyy..xsabar n berdebar2 pulak. then dlm kol 7.45 cmtu da kne panggil ngn dr..cepat sungguh!.. dr hamizah mmg sedap mata memandang, die terangkan result2 lab yg buat dulu..

1. Husband sperm analysis:

Concentration: 60 (normal: >15) GOOD!
Total Count: 84 (normal >39) GOOD!
Motility (pergerakan sperm): 66.6 (normal >40) GOOD!
Normal Morphology: 32 (normal >4) GOOD!

Kesimpulan Sperma husband sangat bagus..hehe

2. Wife Hormone Analysis

FSH: 6.42 (normal: 3.5 - 13) GOOD!
LH: 12.53 (normal: 2.4-12) too much NOT GOOD :(
Progesterone : 2.21 (mesti >80 utk ovulate) NOT GOOD :(

kesimpulan dr kate mmg simpton biasa bagi pcos LH tinggi dan progesterone rendah.

jadi dr bagi option untuk start treatment: natural with clomid or iui

kitorg pilih iui sebab nk ekspress terus..huhu..so dr kate bole start rwatan hari ni. jadi mula dengan clomid 100mg OD  for 5 days dan Inj Puregon (FSH) 50 IU EOD (every other day) for 3 days.

Clomid makan pkul 10pm dan inject pkul 10.15pm. scary ok nk inject ni..time nurse tu ajar cmne nk inject die tnye sape nk inject, berebut2 husband n wife nk inject...haha..gelak je nurse tu.

then 15/4/14 ni ade appointment lagi utk cek telur matang ke x.

Kos hari ni:

Rawatan: RM10
Tab Clomid 50mg 10 biji: RM36
Inj Puregon 50 iu 3 kotak: RM226
Syringe x 3: RM1.80
TOTAL: RM274.00

"Ya Allah, Matangkan lah telur2 ku...dan mudahkan lah urusan iui kami ya Allah"

thanks reader sebab doakan kami :)


Monday, 17 February 2014

Makanan Tambahan untuk hamil aka Supplement

Assalammualaikum wbt...

walau kita makan 3-5 kali sehari tapi xsemestinya apa yang kita makan itu cukup nutrisinye..lagi2 orang yang sakit mcm saya ni..hehe..ade la certain vitamins yang xcukup kan..so sebagai satu usaha TTC, ade beberapa supplement yang saya ambil seperti:

Pil Maharani: kredit to google image


1. PIL MAHARANI
pil ni keluaran syarikat mlm Hai-O..tak tahu kenapa teringin nk makan ubat ni. mungkin akibat pembacaan and testimoni kate senang hamil kot..hehe..terpengaruh betul.. start makan dalam tgh tahun 2013 la. dan alhamdulillah makan ni setiap bulan period cuma masa je tak sama. so, saya makan sampai 3-4 bulan.. then tiba2 xperiod2 smpai 3 bulan..ingat period sampai penah naik double line once pd UPT..but end up xpreggy pun n kne makan ubt utk induce period.. since then xmakan dah lgpun husband mcm xberapa berkenan sy mkn tu sbb die mcm herba2 cina kan..so stop..

Qaseh Gold: kredit to google image
2. Qaseh GOLD
ni minumam syarikat ANA EDAR. syarikat ni femes time sy kecik2 dulu xsilap..xingat jual ape tp yg pastinya mak selalu beli brg die..huhu..die campuran kurma, madu, habbatussauda', air zam-zam dll..so ia makanan sunnah kan, bgs utk kesihatan secara amnya. makan since bulan 9 2013 kot smpai skrg..cuma xberapa disiplin la..hehe..amik ni pun sbb terpengaruh dengan testimoni cpt hamil..haha..
GLA Shaklee: Kredit to google image

3. GLA Shaklee
Sejak akak jd ahli shaklee ni die punya la promote suruh makan..ok boleh la start ni kan..lgpun kandungan die beberapa kali ganda dengan EPO, so it's very good to regulate hormon. makan since jan 2014 till now
Alfafa Shaklee: kredit to google image

4. ALFAFA Shaklee
ok tujuan makan ni untuk kuruskan badan..hehe..xtau berkesan ke x setakat ni, tapi bila mkn alfafa, angin2 dlm badan senang keluar dan senang nk buang air besar. die mmg buang toksin. mkn since jan 2014 till now.
folic acid : kredit to google image

5. Folic Acid
pernah makan time mula-mula kahwin sebab semangat nk pregnant awal kan..then makan sebulan je pastu dah malas..huhu..then skrg start balik makan since pertengahan januari 2014 till now.

hurm, setakat ini itu jelah ikhtihar dr segi makanan tambahan. teringin jugak nak try kacip fatimah saranan Dr Zubaidi tu or Vitex. ok x ek?


Saturday, 25 January 2014

Duphaston Side Effect

Assalammualaikum wbt

i'm having moderate -severe duphasthon side effect..hari ni hari ke 3 amik duphaston untuk induce period. tapi baru hari ni dpt side effect tu which is nausea or in lay man term- loya..

but based on my reading and knowledge, ubat ni adalah dydrogesterone which selectively act on mucus membrane of female genitals, means die xkaco mane2 pathway utk nausea berlaku. tp xtau knpe ia terjadi juga..huaa..

ting tong dah kepala..dah la kne kerja arini.. T_T